Tuesday, December 26, 2006

Tetamu dari German

Kami sekeluarga di kunjungi rakan blog kita Ajzie dari German pada 21hb yg lepas. Program CCE (Cuti2 England) mereka bermula dgn malam pertama bermalam di rumah kami. Dari mula nak datang, ajzie dah berpesan supaya aku tak payahlah sibuk2 kan diri sangat sebab masih dlm pantang. Tapi aku ni biasalah kan..nak juga sibukkan diri, takkanlah kawan datang dari jauh tak sediakan apa2 pulak. Walaupun tak seberapa, kenalah ada juga. Kalau ikut schedule, ajzie dan keluarga di jangka tiba pukul 6 petang tapi, oleh kerana flight mereka terkandas di sebabkan kabus, mereka tiba lewat. Aku risau juga takut2 mereka tersesat, sampai dua kali dok telefon mereka, tanyakan tahu tak jalan ni. Aku pulak yang terlebih excited...haha. Sudahlah cik abang sayang kat tempat kerja, aku konon yang tahu jalan ni, (sebenarnya takdelah pandai pun) dok telefon mdh kat tempat kerja dia, confirm kan..pas tu tepon balik ajzie dan akmal...wakaka. Akhirnya sampai cik abang balik keje pun diorang tak sampai lagi. Pukul 9.40mlm baru tiba. Alhamdulillah selamat sampai gak dengan jalan yang berkabus tu.

Nilah baru pertama kali jumpa ajzie. Seronok rasanya dapat jumpa dia. Yelah, aku kenal dia dari aktiviti aku berblogging nilah. Tak sangka ghopenya husband dia pun dari Kuittho, lepas tu barulah jejak kasih.....kawan baik kedua2 husband kami di Kuithho tu sama...hihi. Lepas tu selalulah kami berYM...akhirnya dapat juga jumpa yer ajzie. Malam tu dok borak sakan gak....mcm tak faham pulak kawan ni penat, esok nak jalan lagi. Seronoknya berborak macam dah kenal lama gitu. Ajzie dah husbandnya pun sempoi jer orangnya, mmg ngamlah dgn kami. Anak2 pun excited jer jumpa. Ammar suka Thomas jugak mcm Aqil. Aqil pulak kedekut....kesian Ammar.

Aksi Ammar

Tangan tu kenapa Ammar? Apa yang takde tu??


Malam tu sampai pukul 12 lebih barulah masuk tidur. Itu pun sebab en abang dok perli..hehe. Esoknya, ajzie sekeluarga ke Manchester. En abang dia nak sangat tgk stadium Old Trafford tu. Peminat fanatik Manchester United dengarnya yer...hehe. Malam itu ajzie dan keluarga bermalam lagi di rumah kami. Aqil dok asyik tanya jer mana Haziq (panggilan lain utk Ammar). Tapi bila jumpa, dok sakat jer budak tu. Si Ammar pulak selamba jer muka. Di bawah ni aksi2 Aqil, Alia, Alya dan Ammar di rumah kami.

Alya memang suka di ambil gambarnya, tak macam Ammar asyik lari ajer

Dapat juga ambil gambar Ammar bersama yang lain, jari masuk dalam mulut ker Ammar

Dapat juga Alya pegang benda ni....dok berebut dgn Aqil jer mulanya

Alya dan Alia posing manja

Lagi aksi Alia dan Alya

Malam ke dua berborak sampai ker pukul 12 lebih jugak. Bila dah mula bercerita, macam2 cerita yang keluar. Anak2 pulak macam tak mahu tidur jer. Semua segar bugar. Abid aje yang tidur lena. Semua dok bising2 dia macam tak sedar apa aje. Lena sungguh tidur dalam buai tu. Kasi can ibu borak yer Abid...hehe.

Hari Sabtu 23hb, ajzie meneruskan perjalanan ke Stoke dan Bristol. Sekarang ni di mana yer ajzie?? hehe.

Aqil, Alia, Alya dan Ammar bergambar di luar rumah kami sebelum mereka sekeluarga bertolak ke destinasi seterusnya

Semoga perjalanan dipermudahkan yer ajzie dan dpt kembali ker Weingarten dengan selamat.Minta maaf kalau ada layanan yg terkurang semasa di rumah kami.Sama-samalah kita nantikan update dari ajzie nanti......

p/s: Gambar ajzie dan suaminya saya tak dapat masukkan di sini sbb dah dapat arahan dari tuan punya diri....(jangan letak gambar kami dlm blog...SEGAN..hihi) Gambar anak2 bolehkan ajzie....hehe

Monday, December 18, 2006

Pantang

Selepas bersalin aje, inilah yang orang dok selalu sebut. Kena berpantang, jaga makan minum, makan jamu, bertungku, pakai barut, jangan buat kerja berat2, jalan perlahan2. Banyak benar pantang larangnya. Kalau masa anak pertama dulu, berpantang di rumah mak, memang kena ikutlah 100%. Anak kedua adalah 80% ikut. Kali ni anak ketiga, aku tak tahu berapa peratus yang aku ikut. Rasanya dalam 50% aje. Bukan aku tak mahu pantang betul2, tapi macam mana aku nak pantang 100% kalau tetiba, Alia berak,5 minit kemudian Abid nak menyusu, 10 minit kemudian Aqil dan Alia bergaduh, selang lagi 15 minit berebut nak cium adik dia. Nak turun tangga pun, Alia nak aku dukung, bukan Alia aje, Aqil pun sama mengada.

Memasak, membasuh, mengemas...kena buat juga. Nak mandi pun aku kena tunggu suami ada di rumah. Nasib baik dua mingu pertama ada kawan2 hantar makanan, suami pun di rumah aje. Tapi bila masuk minggu ketiga, semua kena atur sendiri. Abang dah mula ke Uni semula, dengan kerja part time lagi.Mingggu ke tiga tu, memang minggu paling mencabar rasanya. Rasanya hampir setiap hari air mata ni keluar. Aku ingat, anak dah masuk tiga ni, aku dah boleh atur sendiri semua. Tapi rupanya tidak. Midwife cakap, anak2 aku Aqil dan Alia tgh nak sesuaikan diri dengan kelahiran orang baru dalam keluarga kami. Bukan diorang aje, aku pun sebenarnya dalam proses penyesuaian. Kena pandai cari masa nak bereskan semua kerja di rumah ni. Yang aku pelik tu, Aqil jadi budak kecik semula. Terberak dalam seluarlah, terkencinglah, makan pun nak bersuaplah, sengaja nak buat aku marah. Macam manalah aku nak berpantang betul. Alia pun sama buat perangai. Adei!! boleh sakit jantung di buatnya.

Minggu ke 4 aku dah boleh sesuaikan diri. Rasa lebih terurus keadaan di rumah ni. Aku pun dah lebih sihat. Alia pulak tak berapa sihat, malam aje mesti batuk2 lepas tu muntah. Hari2 aku dok kena tukar cadar dan sarung duvet. Abid pulak selsema, hidung asyik tersumbat. Nasib Aqil dah ok sikit. Baru aku perasan, bila aku ok, anak2 aku2 semuanya takdelah buat perangai sangat. Aku yang kena sabar, tenangkan fikiran, jadi bila diorang buat perangai pun aku tak hangin dan aku boleh handle dengan baik. Minggu ni aku rasa perasaan dan fikiran aku lebih tenang. Alhamdulillah. Hari ini dah hari yang ke 28. Orang kata dalam pantang kita rasa lambatnya masa berlalu. Aku masih dalam masa berpantang, tapi..........tak leh nak pantang semua ....Kalau tidak haru biru rumah ni...

Tapi, bila diorang semua tidur, tenang aje tengok. Merekalah permata hati aku dan suami.






=================================================

Cerita petang Ahad
(Perbualan antara abah dan Aqil)

Abah : What is your name?
Aqil : Aqil
Abah : What is your sister's name?
Aqil : Alia
Abah : What is your brother's name?
Aqil : Abid
Abah : What is your father's name?
Aqil : Abah
Abah : Salah.....Shahruddin
Aqil : Shahruddin??
Abah : What is your father's name Aqil?
Aqil : Shahruddin
Abah : What is your mother's name?
Aqil : Ibu
Abah : No..not ibu. Your mother's name is Yusmawati
Aqil : Huh??
Abah : Yusmawati
Aqil : (Dengan mukanya yang kompius) Kerrkkkkkk

Abah dan Ibu : GELAK SAKAN. Adeii siannya anak aku ni, nama ibu sendiri pun tak tahu. Udahler nyebut nama abah dia pun slang mat salleh.


Saturday, December 2, 2006

Selamat Hari Ulangtahun ke 2 - Nur Alia Zafirah

Selamat Hari Jadi buat puteri ibu tersayang Nur Alia Zafirah. Hari ni genap usia Alia dua tahun. Ibu minta maaf yer sayang, tak dapat buat apa2 untuk Alia. Dalam seminggu ni, ibu tahu Alia asyik saja menyanyi lagu Happy Birthday tu, walaupun ibu tahu Alia tak faham maksudnya, tapi seronok ibu dengar, pandai anak ibu yer.

Antara semua anak ibu, Alia lah yang paling senang keluar dari perut ibu. Ibu ingat lagi, 1/12/2004 pukul 10 malam baru ibu rasa sakit yang agak kuat, selang 15 minit. Masuk pukul 11.30 dah mula selang 10 minit. Baru saja nak turun tangga untuk ke hospital dalam pukul 12.15 malam, air ketuban dah pecah, kelam kabut abah bawa ibu ke hospital. Tiba di hopital pukul 12.35 malam, pukul 1.05 pagi 2hb Disember 2004 Alia selamat ibu lahirkan. Terima kasih yer sayang, dari mula lahir, Alia tak banyak kerenah sangat. Cuma bila dah besar ni, 'menjeng' sikit (orang jawa kata). Pulak tu kuat benar mengadu. Ibu tahu abang Aqil selalu usik Alia, tapi ibu perhatikan Alia pun kuat menyakat Aqil. Sama2 nakal sebenarnya.




Ibu suka tengok Alia tersenyum, lepas tu panggil ibu!!!Manja aje dengar suara Alia sebut ibu. Alia suka menari, terhenjut2 sambil ikut aksi di tv tu.Alia dah pandai sebut 1 to 10 dalam bahasa inggeris, pandai panggil Abah, Ibu dan Aqil (Atil...sebutan Alia). Bila Abid lahir, Alia merajuk dengan ibu, sayu hati ibu tau. Lebih kurang 5 hari Alia tak mahu dengan ibu, tolak2 ibu bila ibu nak pegang Alia. Nasib rajuk Alia tak lama sangat, kalau tidak, menangis tak berlagu ibu..huhu. Ibu sayang Alia tau. Sayang ibu pada semua anak2 ibu sama rata, tak ada yang lebih atau kurang.

Aksi-aksi Alia

Buat Puteri ibu yang ibu sayangi, Nur Alia Zafirah......semoga membesar menjadi anak yang baik dan solehah, dapat berbakti kepada ibu dan abah serta bangsa dan negara.

Aksi-aksi Alia terikini di hari jadinya yang ke 2

Selamat Hari Jadi sayang daripada Ibu, Abah, abang Aqil dan adik Abid.