Tuesday, July 29, 2008

Subang dan tindik....

Ini cerita terbaru kami. Dari semalam, telinga sebelah kanan Alia bernanah. Aku tak pasti puncanya. Sebulan lepas aku tindikkan dia. Dengan erti kata lain, anak dara aku seorang ni dah pakai subang ler. Tengok semua ok ler. Entah kenapa dua tiga hari ni, telinga sebelah kanan dia bernanah pulak. Mungkin juga dia ikut aku yang alergik kalau pakai subang biasa. Mesti nak subang emas gak. Telinga pun pandai gak memilih ekk..

Aku cuba nak bersihkan nanah tu. Tapi Alia selalu mengelak. Jadinya aku dapatlah cuci serba sikit jer. Pagi tadi, dalam pukul 6.30 pagi, aku ni gatal lah konon nak cuci sikit nanah dia tuh dan sapu minyak gamat pada telinga dia. Terlanjur dia masih tidur, aku fikir, senang lah sikit kerja aku. Dalam pada aku gobek-gobek telinga dia tu, susah pulak nak bersihkan. Aku cuba pada sebelah telinga yang tak bernanah, iaitu yang sebelah kiri. Aku cuba buka skru subang tu..hmm susah juga, tapi longgarlah sikit. So, aku pikir, kalau aku nak keputusan yang lebih baik, aku kena longgarkan sikit skru subang sebelah kanan tu supaya senang nak bersihkan.

Dalam aku cuba-cuba nak tarik skru tu, Alia terjaga. Apa lagi merontalah dia. Telinga dia tu pun memang dah bengkak sikit, jadi mudahlah dia terasa sakitnya kan. Meronta punyalah kuat, aku yg tengah cuba tarik skru tu tertarik kuat terus. Akibatnya, bahagian depan subang tu yg bulat tu, yg sepatutnya terletak cantik di bahagian hadapan bawah cuping telinga tu, termasuk terus kedalam lubang tindik tu. Terus darah memancut keluar. Aku yang panik, terus jerit panggil SRD tolong bantu. Alia dah melalak sakan. Kesiannya dia. Aku cuba tolak semula dari bawah subang tu supaya keadaan subang tu kembali ke tempat asal kedudukannya, tapi tak berjaya. Dah tak nampak dah warna hijau subang tersebut, hanya darah Alia yang kelihatan. Aku bersihkan dengan tisu. Kemudian aku cuci dengan air. Alia masih lagi meronta. SRD kata biarkan saja dulu. Kami cadang nak bawa dia ke klinik nanti, lepas SRD habis kelas.

Aku biarkan saja Alia tidur semula. Kesian dia. Pukul 10.30 kami bawa dia ke klinik. Doktor kata, dia akan cuci dan beri ubat dulu. Biarkan bengkak pada telinga tu hilang berkurang dulu, baru dia akan cabut dalam dua tiga hari lagi. Tetapi masa proses nak mencuci telinga tu, Alia yang sememangnya kuat, meronta-ronta. Susah betul nak tenangkan dia dan dia pun seboleh-boleh cuba mengelak dari telinganya di sentuh. Bila doktor itu dapat peluang sentuh, dia cuba bersihkan bahagian bawah cuping dekat skru subang tu. Tiba-tiba dia tertolak kuat sikit, dah bahagian depan subang yang bulat tu, muncul semula (maksudnya terkeluar dari lubang tu ler). Bila dah nampak subang tu terkeluar, apa lagi doktor kata, baik cabut sekarang jer subang tu terus. Tak payah tunggu bengkak telinganya surut. Dia masih tak berjaya nak keluarkan. Minta tolong jururawat yang ada. Kami tiga orang, (aku, doktor dan seorang lagi jururawat) pegang Alia dengan kuat. Jururawat yang seorang lagi, cuba keluarkan subang tu dari telinga. Akhirnya dia berjaya setelah beberpa kali mencuba.

Alia marah sungguh sebab kami semua dah 'mengerjakan' telinga dia bersama-sama. Selepas itu, doktor cuci lagi bekas luka dan berikan ubat pada luka tersebut. Jadinya sekarang, Alia hanya pakai subang pada sebelah telinga saja. Dan aku confirm, dia mesti tak nak pakai subang lagi untuk telinga kanannya itu. Lepas ni, aku kena fikir bagaimana aku nak keluarkan subang yg satu lagi dari telinganya. Macam peliklah pulak pakai sebelah jer kan.

Esok aku masih perlu bawa dia ke klinik lagi untuk cuci luka pada telinganya itu. Bila aku beritahu Alia, esok jumpa doktor lagi jer, dia jawab, dah tak sakit dah. Dah kuar dah...Alia tak nak jumpa doktor. Huhu...kesian dia, tapi terpaksalah. Salah aku, gatal nak tindikkan telinga dia. Sudahnya ini pula jadinya. Aku dulu pun, kalau pakai subang biasa mesti bernanah, dah terikut macam aku agaknya Alia. Harap-harap luka pada telinga dia sembuh cepat..... Dia pun aku tengok dah meligat jer macam biasa.

Fuhh...panjang rupanya aku menaip. Moga semangat menaip dan mengupdate ni tak hilang lepas ni...lol


Sunday, July 27, 2008

Update......

Dear Blog,

Lama rasanya aku tinggalkan blog. Ada juga yang bertanya, adakah blog ini hanya untuk pembaca tertentu. Sebenarnya tidak. Sengaja aku tutup sementara kerana dah lama sangat aku tak update plus malas nak update. Aku sendiri boring nak tengok...cry. Oleh itu, untuk mengembalikan mood aku dengan blog ini, maka blog ini pun kini berwajah baru....harap2 aku takdelah boring tgk blog sendiri nanti...biggrin.

Sepanjang aku menyepikan diri, banyak yang berlaku sebenarnya. Ada hati nak update satu satu, tapi aku tahu, aku tak mampu buat begitu. Asal blog ini tak bersawang lama seperti sekarang ni, kira oklah. Harap2 dapat update selalu lepas ini.