Saturday, June 16, 2007

Alhamdulillah, hampir ke penghujungnya..

Assalamualaikum,

Lama juga aku tak menghiraukan blog ini. Mood dah makin tenggelam timbul untuk menulis. Namun peristiwa hari ini membuka hati aku untuk mencoret sesuatu di sini.

Hari ini aku mengikut hubby tersayang untuk menghantar tesisnya ke Graduate Research Office. Mula-mula kami ke tempat binding tesis. Rasa seronok bila nampak tesis suami dah siap di bukukan. Sempat lagi aku ambil gambarnya. Kemudian kami sama-sama menyemak semula satu persatu buat kali yang terakhir sebelum menghantarnya ke Graduate Research Office. Tiba di sana, seorang minah berambut pink sedang berurusan dengan seorang pelajar cina. Selepas itu giliran hubby ku pula. Wanita kecil molek berambut pink itu meminta student card hubby untuk membuat semakan. Selepas itu tangannya mula menulis sesuatu di dalam borang penghantaran tesis. Dia memberitahu ada sejumlah amaun lagi perlu di jelaskan, namun begitu kami boleh membuat pilihan sama ada untuk membayarnya sekarang atau selepas semuanya dah selesai nanti (final submission). Kelihatan wajah hubby cukup gembira. Akhirnya dapat juga dia siapkan tesisnya itu. Alhamdulillah. Kini perlu menunggu ujian seterusnya pula. Saat untuk menghadapi ujian lisan pula dari dua orang pemeriksa. Moga segalanya berjalan lancar.

Selepas daripada itu kami ke Student Union pula. Kami berhenti sebentar di kedai souvenier Sheffield University. Hubby membelek2 t-shirt yang ada tertulis perkataan Sheffield University di hadapannya. Aku tercari-cari kalau ada fridge magnet yang sesuai. Hampa. Tak pasti apa yang patut kami beli, akhirnya hubby ambil juga beberapa helai t-shirt, pelekat University of Sheffield, mug dan juga logo universiti.

Sebelum pulang ke rumah, kami singgah pula ke Thai-Panna, kedai menjual beraneka makanan dari asia. Aku membeli daun kesum, asam jawa, asam keping, bee hoon dan juga kicap kipas udang. Rupanya lagi murah kicap kipas udang di sini dari yang biasa kami beli.

Sampai di rumah, hubby terus ke masjid untuk solat Jumaat. Balik dari solat kami makan tengahari bersama. Lepas makan, hubby ambil Aqil dari sekolah pula. Selepas itu sepertia biasa dia mulalah nak melelapkan mata sekejap. Tiba-tiba telefon berbunyi. Bila aku jawab, kedengaran suara seorang perempuan inggeris yang ingin bercakap dengan Mr Mahzan. Aku memanggil hubby. Rupa-rupanya panggilan itu dari Graduate Research Office. Ada sedikit kekeliruan dengan tesis yang hubby aku hantar tadi. Dia kata hubby tak boleh letak alamat email pada cover di bahagian spine tesis tu. Hubby aku dah konfius, bila masa pulak dia letak email dia kat situ. Dia kata pada nama hubby tu di belakangnya hubby ada bubuh sekali email. Konfius lagi. Rupa-rupanya sebab hubby letak nama dia lengkap dengan nama penuh bapa sekali. Nama arwah abah ada dua. Kalau dalam kad pengenalan pun memang nama penuh hubby Shahruddin Mahzan@Mohd Zin. Tapi dalam rekod pelajar semua cuma Shahruddin Mahzan. @Mohd Zin tu takde, jadi dia ingatkan @ tu macam alamat email. Dia kata dah tak sama dengan rekod dia. Hmm..hubby aku gelabahlah juga. Hubby kata "that is my father name, and not my email address". Dia kata tak boleh letak nama bapak, cuma nama kita ajer. Aku cakaplah dengan hubby, "itu kira surname kitalah bang". Baru hubby terperasan. Nasib baik dia kata tak mengapa untuk kali ini sebab belum final. Nanti lepas viva dan bila nak hantar semula kena pastikan yang nama kedua(alias) tu takde.


Memang kesilapan kecil yang hubby tak sengajakan. Kalau kat sini mereka terima satu nama saja. Memang dari dulu Mahzan tu sebagai surname dan tak pernah di guna sekali nama abah yang kedua tu. Hubby rasa terkilan juga kerana dia boleh tak terperasan nama itu. Nampak wajah hubby sedih sedikit.Dia ingatkan, itu tesis dia, jadi bolehlah dia letak nama penuh dia seperti yang tertera dalam pasport dan kad pengenalan. Rupanya tidak. Harap-harap takdelah banyak kesilapan. Dah berapa kali juga hubby semak sebelum hantar untuk binding, dan moga-moga semuanya ok.

Bang!! Semoga abang dapat menghadapi viva dengan baik dan dapat jawab semua soalan yang bakal di ajukan nanti. Ibu tahu abang dah banyak berusaha, banyak juga dugaan-dugaan kecil yang terpaksa di hadapi. Segalanya hampir ke penghujung. Tujuan kita datang ke sini semakin hampir di capai. Semoga berjaya yer bang. Ibu dan anak-anak akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat abang. InsyaAllah minta segalanya akan di permudahkan. Sama-samalah kita panjatkan doa padaNya. Sesungguhnya Dia dah banyak membantu kita kan bang, cuma kita yang kadangkala alpa.

Nota kaki: Lagu yang keudara ini adalah lagu dari A Talib, lagu kegemaran hubby sepanjang masa. Dia memang suka lagu 60an.

Thursday, June 7, 2007

Mrs Holland took it...

Pagi ini seperti biasa menyiapkan bekalan makanan untuk dibawa Aqil ke sekolah. Hari ini, macam-macam pula yang dimintanya. Menu biasa sebagai bekalan Aqil ke sekolah, sandwich, air kotak,pisang,yogurt,muffin. Semua tu mesti ada dalam bekas dia tu. Adakalanya dia akan minta sosej,seperti hari ini. Kalau dah bawa sosej sekali, biasa dia tak mahu bawa pisang, tapi kali ini semua dia nak. Sudahlah begitu, sosej tu sampai dua sekali dia nak. Banyak makan betul anak ibu ni. Aku takut dia tak dapat habiskan aje.

Ada sekali dia nak bawa limau sebagai ganti pisang. Aku tahu dia tak suka makan limau, kenapa nak bawa pula kalau dah tak suka. Bila balik dari sekolah, aku tengok bekas makanan dia dah habis, ingatkan dia makanlah limau tu, bila tanya dia buang rupanya.

Hari ni aku macam tak percaya aje dia dapat habiskan semua makanan yang dia bawa tu. Aku dah siap pesan,
"Aqil! Makan semua tau, jangan buang. Sosej tu sampai dua, jangan kasi orang, Aqil makan tau!".

Dia jawab, "Orait ibu".

Balik dari sekolah, keluar dari pintu kelas, siap dah mulut dia berceloteh dengan abah dia. Kononnya dia makan habis semua makanan yang dia bawa. Tapi, sosej tu tidak. Sampai di rumah, aku pulak bertanya,
" Aqil makan habis tak sosej tu dua-dua".

"Yes ibu" (sambil muka dia terdengih-sengih).

"Betul ker ni. Abah kata tak. Did you give one to your friend?"

"No! Mrs Holland took it. She said, you got two sausages, can I have one?"

Hmm pulak dahh......(boleh caya ker ni??)

Inilah rupa bekas bekalan makanan dia ke sekolah. Mula-mula dapat punyalah suka, belum nak pegi sekolah lagi, malam-malam pun dah siap isi makanan dalam tu...huhu. Sebelum bekas yang ni, dia guna bekas yang ada gambar teletubbies..hihi

Nota kaki: Lagu yang berkumandang ni dari filem Doraemon the Movie. Tengah suka sangat lagu ni....hihi. Inilah kerja Puan Yus yer, tengok Doraemon...kihkihkih

Nota tambahan: Mrs Holland tu ialah guru kelas Aqil

Friday, June 1, 2007

Aktiviti weekend lepas

Wahh!! Ni terasa nak update lagi. Aku dah 3 hari tak kerja. Takde kerja pulak kat Pro Co tu, jadi tak boleh datang. Jadinya, mulalah aku tengok-tengok blog ni. Walaupun sebenarnya aku tak berapa sihat. Batuk, selsema, anak2 pun sama.

Slide di bawah ni sebenarnya aktiviti minggu lepas. Sabtu tu kan jalan2 ke Meadowhall, Ahad pulak buatlah kuih ni dengan anak2 untuk minum petang. Aqil yang sibuk nak menolong konon, Alia pun sama...


Minggu ni cuti sekolah, jadi Aqil berada di rumah sepanjang hari.Masa ke Meadowhall Sabtu tu, belikan dia buku kerja Matematik dan Bahasa Inggeris. Bila balik, bukan main dia nak habiskan latihan dalam buku tu sekaligus. Rajin anak ibu yer, jangan masa kecik ni ajer rajin, dah besar karang malas pulak yer Aqil!!

Sempat rakam sikit masa dia tengah buat latihan matematik.


Ini pulak aksi Aqil menyanyikan lagu melayu kanak2. Masa kecik2 dulu mak aku selalu nyanyi lagu ni untuk kami. Aku ajar pulak pada Aqil. Kelakar sungguh dengar dia nak menyebut satu2 perkataan tu. Ini entah dah berapa kali praktis sebelum aku dapat ambil video ni. Sebut perkataan 'semuanya' tu tak betul2..haha. Hari ni aku suruh dia nyanyi lagi sekali, tak betul gak.


Yang ni pulak, Alia menyanyikan lagu twinkle twinkle little star. Pelat sungguh. Dia ni memang masih belum pandai cakap betul. Aqil pun sama sebenarnya..huhu. Maaflah kualiti gambar tak berapa baik. Mungkin sebab malam, lampu pulak kuning jer..hehe. Kalau semua perasan dalam kedua2 video terakhir ni, kat belakang tu nampak almari aku dah siap berbungkus, siap ada nama dan nombor lagi..hihi. Tapi lama juga lagi nak baliknya..huwaaa.

Minggu ni nak bungkus apa pulak yer bang?? Bungkus?? Macam kelakar jer bunyinya. Erkk nak balut apa yer bang? Smile