Monday, August 20, 2007

Sheffield Dalam Kenangan...

Dan oleh kerana hari ini hari akhir internet berfungsi di rumah ini, aku update lagi. Banyak lagi rasa nak letak di sini tapi masa tak mengizinkan. Aku buat ringkasan ajerlah. Sedih juga sebenarnya nak meninggalkan bumi UK ni. Banyak kenangan pahit manis di sini. Aku rasa aku memang belajar banyak perkara di sini. Alia dan Abid lahir di sini. Hidup di perantauan mengajar aku lebih berdikari. Tidak terlalu bergantung pada keluarga. Aku dapat ramai kawan di sini. Sheffield antara tempat yang paling ramai orang melayu, jadi kami takdelah rasa sunyi sangat.

Hari-hari akhir kami, ramai juga yang jemput ke rumah.Terima kasih pada semua. Kami pasti akan rindukan Sheffield. Rindukan semua di sini. Entah bila dapat menjejakkan kaki semula. Di bawah ini sebahagian gambar2 tempat2 yang biasa kami pergi di Sheffield ni. Balik nanti bila lihat semula pasti kami terkenang-kenang.



Kami angkat berangkat pulang dari Manchester Airport hari Khamis ini 23 Ogos 2007 pukul 8.50 malam waktu UK. Nampaknya genap2 4 tahun kami di sini. Dulu berangkat ke UK dari Malaysia pada 23 Ogos 2003, dan kini berangkat pulang pun pada tarikh yang sama.


Kini perasaan aku sebenarnya bercampur-campur. Sedih, gembira, seronok, excited. Tak sabar dah nak jejak kaki di Malaysia namun dalam masa yang sama sayu nak tinggalkan Sheffield. Apa pun, setiap yang bermula pasti berakhir, setiap pertemuan akan ada perpisahan. Selamat tinggal Sheffield, Selamat tinggal England. Kenangan bersamamu tak akan dapat kami lupa.

Buat kawan2 di sini teruskan perjuangan kalian. InsyaAllah masanya akan tiba jua buat kawan2 semua. Buat keluarga di kampung, tak sabar rasanya nak bersua kembali. (Jangan lupa jemput kami di airport...hihihi) Dan buat pengunjung blog ini, aku kenalah umumkan yang blog ini mungkin tidak ada cerita baru untuk jangka masa yang agak lama. Entah bila dapat aku bersantai-santai merehatkan diri sambil menulis blog semula. Kena tunggu dapat line internet balik. Bang!!! jangan lupa masuk line internet kat rumah nanti tau..hihi

Oklah sehingga di lain waktu dan ketika. Salam buat semua.

Jalan-Jalan ke rumah Prof....

Semalam kami ke rumah supervisor hubby iaitu Prof Wieslaw J. Staszewski. Terima Kasih Prof jemput kami ke rumah. Dapatlah kami berkenal-kenalan dengan anak dan isterinya, Agnesia dan Emilia. Orangnya ramah juga. Kami ke sana hanya untuk minum petang. Saja-saja berbual sebelum kami berangkat pulang ke Malaysia Khamis ini. Strawberry cheesecake yang di sediakan oleh isterinya Agnesia sangat sedap. Tak sempat nak belajar buat..hehe.

Jalan ke rumah Prof Wieslaw


Cantik kawasan perumahan di situ

Bergambar kenangan bersama mereka sekeluarga

Aqil,Alia dan Emilia. Anak2 ku itu memang kecoh tak makan saman...huhu


Terima Kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang di beri pada suami ku itu.(Macam dia baca pulak)..hehe.

Dan buat pertama kalinya dapat aku naik bas dua tingkat yang berbumbung..hihi. Kalau bas tour yang dua tingkat tu biasa tak berbumbung...

Wednesday, August 15, 2007

Angkat Barang -13 Ogos 2007

Alhamdulillah selesai sudah acara memunggah barang-barang kami untuk di bawa pulang ke Malaysia pada hari Isnin lepas. Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua kawan-kawan di sini yang datang menolong. Kaum bapa menolong memunggah barang, sementara kaum ibu pula menolong menyediakan juadah makan pagi dan tengahari untuk semua. Bermacam juadah ada pada hari itu. Terima kasih pada yang membawa makanan tambahan. Walaubagaimana pun, menu utama, nasi putih,kari ayam, ikan goreng, sayur campur, sambal belacan dan sedikit ulam kacang botol. Menu pagi, bee hoon goreng. Aku agak terharu kerana ramai yang muncul untuk menolong. Kontena yang di nanti sampai pada pukul 9.40 pagi dan acara memunggah barang ke dalamnya selesai dalam masa 2 jam. Yang lambatnya mencari tempat kosong untuk kontena parking, dan untuk kontena itu keluar semula dari jalan Balfour ni. Apapun, dalam pukul 12.15 semua yang hadir dapat menjamu selera bersama-sama.

Terima Kasih pada semua kawan-kawan di Sheffield. Harap barang-barang kami dapat sampai di Malaysia dengan selamat. Menurut kawan yang tolong menguruskan urusan penghantaran barang tu, dalam masa 3 minggu sampailah barang-barang kami tu. Di bawah ni sebahagian gambar2 pada hari itu.




Sekali lagi terima kasih pada semua yang hadir hari itu. Jasa anda semua tak akan dapat kami balas.