Sunday, February 25, 2007

Layan tag...6 perkara pelik tentang aku...

Aku pening gak nak pikir apa yg pelik pasal aku ni. Malas nak buat sebenarnya, tapi mcm kata zakiah semangat kesukanan kena ada, jadi aku gagahkan juga. Sudahlah 4 orang tag nama aku (zakiah,azlis,mulan dan cikdin). Jadi aku rasa nilah yang paling pelik pada diri aku.

The rule of the game:
People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state this rule clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. Don't forget to leave a comment that says 'you are tagged' in their comments and tell them to read your blog.

6 weird things you don't know about me:


  • Aku tak suka makan daging baru/segar. Aku lebih suka daging kotak/frozen. Benda ni sebenarnya mewarisi ayah aku. Kalau di rumah mak, biasa kalau dapat daging korban, kira daging barulah tu kan, mesti di simpan sekurang2nya seminggu dulu baru masak. Kalau mak aku masak jugak, maknanya cuma mak dan adik bongsu aku jerlah yg makan. Sampai sekarang pun aku tak berapa suka makan daging baru/segar ni. Kalau ada orang buat aqiqah, aku makan jugak daging yg dah di masak tu, tapi aku ambil seketul ajer. Kata orang bior tuan rumah tak kecik hati, aku nak makan banyak2, memang terkeluar balik jawabnya nanti.Kalau pergi kenduri pun, aku tak amik sangat daging, ada ayam, aku bedal ayam ajerlah. Aku rasa semacam jer bila makan daging segar yang terus di masak ni.
  • Aku tak pandai pakai kasut/sandal yang bertumit tinggi. Sudahlah tinggi, tajam ajer bawah dia. Aku pelik sangat dengan perempuan yang suka beli kasut yang ada tumit tinggi ni....lepas tu punyalah tajam bahagian depan tu. Aku kalau beli kasut yg ada tumit pun, jenis tumit yang paling nipis dan lebar. Itu pun tak lama aku pakai. Kasut bertumit yang kira tinggi sikitlah yg aku pernah ada cuma satu, iaitu kasut hantaran kahwin aku. Itu pun aku pakai masa aku bersanding tu ajerlah, lepas tu mak aku yang pakai....boleh gitu.
  • Aku juga tak pandai pakai handbag/beg tangan. Rasa pelik benor kalau aku nak bawak satu tu. Dah beranak pinak ni adalah juga beg, tapi jenis besar yg boleh masuk nappies anak, botol anak semua. Tak pun aku bawak jer beg plastik ker. Sebab tu aku suka baju kurung aku ada kocek. Senang aku nak masuk duit dalam tu, tak perlu handbag. Dulu kalau ke tempat kerja, aku bawak duit sekeping RM10, kad pengenalan dan lesen memandu. Benda alah ni ajerlah masuk dalam kocek baju kurung aku. Kalau skrg pun sama, bawak dompet syiling kecik ajer, masuk dalam jaket atau kot aku. Tak pun aku tak bawak beg langsung, bukan ada duit pun, pakai duit suami ajerlah...hehe
  • Aku suka memandu berkaki ayam. Tak berapa pandai aku nak bawak kereta dengan berkasut. Dari dulu, masuk ajer kereta, start enjin, mulalah bukak kasut dan stokin semua baru aku drive. Aku lebih suka pakai selipar masa nak memandu, jadi senang aku nak bukak dan pakai semula. Kat UK ni pun sekali sekala aku bawak kereta, aku bukak kasut, kecuali waktu sejuk2. Terpaksa aku pakai kasut tu walau tak selesa, nasib dekat2 ajer destinasi yg aku nak pergi. Kalau jauh aku bukak juga....lagipun dah lama juga aku tak memandu di sini.
  • Aku tak pandai makan ubat pil. Masalahnya semua ubat untuk orang dewasa skrg berbentuk pil atau kapsul, kalau dlm bentuk cecair tu rasanya ubat batuk jer kan. Kalau nak makan ubat tu, air dah habis dua gelas, ubat tu tak juga tertelan..tak tahu kenapa susah sangat aku nak telan. Sampai terkebil2 kadang tu nak menelan, sampai aku naik geram. Kalau nak makan ubat, aku mesti menyorok dulu, sbb nanti suami aku dok ketawakan. Nak makan ubat punyalah susah. Aku selalu pecahkan ubat tu kecil2 dulu baru aku cuba telan. Itu pun dah masuk air berapa kali dah. Agaknya sebab tu bila aku sakit atau demam, lambat sangat nak sembuh, takut makan ubat kot..huhu.

  • Aku suka bau kiwi kasut. Ayah aku kan pencen askar. Dulu2 kalau time ayah aku dok kilatkan kasut atau boot dia dengan kiwi, aku mesti duduk sebelah. Bila ayah aku siap dan jemur kasut tu, aku pun ikut berjemur sebelah kasut tu sebab suka dengan bau kiwi tu. Dalam senyap2, kalau mak dan ayah aku tak nampak, aku ambil kiwi kasut tu, aku bukak aku cium baunya. Sampai sekarang pun, sekali sekala aku ke supermarket kalau di sini ASDA, aku akan singgah kat tempat kiwi kasut tu, aku bukak kejap dan ambil baunya...boleh gitu. Suami aku cakap pelik, mcm ketagih pulak, tapi takdelah setiap kali ke sana aku buat mcm tu, bila dah lama tak dpt cium bau kiwi tu, aku gian juga...adeiii...pelik ker aku ni...hihi.
Oklah 6 mangsa seterusnya, aku tak pasti mereka ni dah buat atau belum, cuma aku belum nampak n3 6 perkara pelik dlm blog mereka jadi aku letak ajerlah nama mereka ni. Kalau dah buat kira oklah tu kan.... Mereka ialah BP, Sastri, ayu, puterisatu,zz dan razlizahazleen.

Friday, February 23, 2007

Happy Birthday Aqil

Selamat Ulangtahun ke 5 buat anak sulung kami Muhammad Aqil Zafran. Semoga panjang umur, murah rezeki, tambah matang, tolong ibu selalu, jaga adik2 mu Alia dan Abid. Aqil anak ibu yang paling baik kan...dengar cakap ibu tau. Ibu tahu Aqil tak banyak kerenah masa kecil, skrg pun tidak, cuma Aqil terlalu aktif kadang tu, ligat semacam, belum sempat ibu bersuara Aqil dah mula buat perangai. Segala tindak tanduk Aqil terlalu pantas, kalau ibu marah, Aqil selalu diam sambil buat muka terkebil2, tak sampai seminit Aqil dah buat semula. Aqil selalu dengki dengan Alia, tapi tidak dengan Abid, asyik nak di cium ajer Abid tu, sampai naik lemas dia, ibu yg tengok pun lemas. Aqil janganlah selalu cemburu dengan Alia, Alia lagi kesian tau, walaupun ibu tak berniat, dia selalu rasa ibu mcm tak pedulikan dia, tu yang dia asyik buat perangai, padahal ibu sibuk dengan Abid pulak. Jadi, Aqil sebagai abang, tolonglah ibu kan..main dengan Alia elok2, jangan dengki dia, asyik2 nak gaduh ajer, ajar Alia sama...Aqil boleh kan buat macam tu.

Ibu tahu Aqil sekarang suka explore macam2, pulak tu banyak sangat tanya, sampai ibu tak tahu nak jawab macam mana. Aqil memang anak yang bijak, Mrs Holland pun selalu cakap Aqil bijak kan. Tapi, Aqil tak boleh kalah dan mengalah. Kenapa macam tu? Setiap orang mana boleh sentiasa di depan, menang ajer..adakalanya kita akan kebawah juga, tak bermaksud kita sentiasa kalah kan. Bila kalah ajer, menangis, merajuk. Dengan Alia pun nak merajuk...janganlah macam tu yer sayang. Kalau Aqil tak boleh kalah, tak payah masuk bertanding, sibuk konon nak berlumba, lets race ibu......tapi mesti dia yg nak menang, nampak ajer orang lain dah nak menang, terus melalak sakan...apa tu?? Bukan race namanya tu, tu kena main paksa....Aqil dah tentu pemenangnya.

Aqil nak kek ASDA ehh??....HAHA..Aqil ni, bila ibu dan abah tanya Aqil nak apa untuk birthday, jawabnya kek ASDA. Bagus sungguh...tak de mintak bukan2 kan. Ibu dan abah tak sempat belikan lagi....hari ni yer sayang. Sekali lagi.....HAPPY BIRTHDAY TO AQIL....

Wednesday, February 21, 2007

15 + 16.......Happy Birthday

Happy Birthday

Selamat Ulangtahun ke .... buat aku.....hehe. Yer hari ni birthday aku yg ke 15 + 16 (korang kira sendirilah yer). Bertambah setahun lagi usia aku, tapi perangai..aku pun tak tahu aku makin matang atau tidak. Adakalanya masih bersikap kebudak2kan. Buat suami tersayang, terima kasih tak terhingga atas hadiah abang tu...walaupun nilainya tak seberapa, tapi cukup buat ibu menitiskan air mata. Tak sangka ada hadiah dari abang.....Luv U so much.. Kisses

Terima kasih pada kawan2 yg mendoakan kesihatan kami.Aku masih belum sihat sepenuhnya. Masih batuk2. Hari ni pun suara hilang, cakap mcm apa ajer...suara tak kuar. Anak2 pun belum sihat sepenuhnya, semua mcm on and off. Aqil lagilah, siap keluar darah melalui hidung. Setakat ni dah 4 kali. Aku tanya doktor, dia kata biasa, tak perlu risau, mungkin dlm badan dia terlalu panas. Entahlah, mmg rasa temperature dia dah tak tinggi, setakat 37.5 jer, tapi ada gak darah tu keluar, selang sehari. Semalam dah ponteng sekolah sehari, hari ni aku paksa gak dia pergi, mula2 dia malas jer, lepas sarapan tengok segar gak dia.Hmmm....Jumaat ni birthday dia pulak yg ke 5. Aku perasan, sedari kecil, daripada birthday yang pertama, setiap kali menghampiri ajer tarikh lahir dia, dia mesti sakit. Tahun lepas ajer tak, tahun ni pun sama nampaknya.Harap dia cepat sembuh.

Sempena hari lahir aku ni, aku berdoa, semoga seisi keluarga aku sentiasa sihat di bawah lindunganNya, semoga aku dapat menjadi isteri dan ibu yg terbaik buat suami dan anak2, semoga suami aku dapat habiskan kerja2 nya dengan selamat dan semoga aku sentiasa tabah dan matang dalam menangani dugaan yang mendatang. Amin...