Saturday, July 29, 2006

Suatu Ketika Dulu




Guns N' Roses - Don't cry

Tuesday, July 25, 2006

Malazzzz

Takde mood pulak tgk blog dua tiga hari ni. Malasnya....Menjengah juga ke blog kawan2, tapi tak se'excited' selalu. Mood malas saya dah datang, di tambah perut ni rasa makin berat, nak relax jer rasa. Cam mana tu????

Fikiran pun tak menentu. Sabtu lepas ada kenduri Aqiqah di rumah kawan di Sheffield ni. Ada dua keluarga yang baru menerima cahayamata baru. Seronok di sana...tapi, saya tersentuh bila di tanya oleh mak seorang kawan ni,

" Yang pompuan ni bersalin sini jugak ker?"( merujuk kepada Alia)
" Ha'ah mak cik".
"Mak datang lah ye masa tu?"
" Err...tak de pun mak cik, semua buat sendiri."
" Abih yang ke tiga ni, saper datang?"
" Takde jugak rasanya, sendiri jugaklah."....

Balik rumah, lepas solat, relax2 jap...... tanya kat hubby,

" Cam mana nanti ek bang ibu nak bersalin ni? Ok ker bebudak ni??"
Tetiba.....meleleh balik air mata...teringat kata2 mak cik tu. Esoknya, pagi2 telefon mak.....pujuk lagi.....jawapan tetap sama.............hua..hua... Malas nak pikir dah.
Saja nak kongsi di sini, gambar2 Aqil dan Alia bermain di belakang rumah. Panas2 ni memang seronok diorang bermain.



Aqil bersama slidenya n Alia bersama kudanya Posted by Picasa


Seronoknya main nampak Posted by Picasa



Kutip apa tu Aqil?? Posted by Picasa



Sampai terpejam mata tu Alia....haha Posted by Picasa

Thursday, July 20, 2006

Dah besar anak aku.....hehe

Minggu ni minggu terakhir Aqil berada di nursery sebelum cuti summer. Hari Isnin lepas, adalah meeting dengan ibubapa bersama guru besar dan bakal guru yang akan menjadi guru kelas Aqil lepas cuti musim panas ni. Maknanya, bulan September ni, Aqil dah mula masuk kelas reception (kelas peralihan sebelum masuk year1).
Saya tak tahu bagaimana perasaan korang semua bila anak nak mula masuk sekolah sepenuhnya. Tapi bagi saya, berdebar2 pulak. Saya yang dok fikir, macam manalah dia nanti. Ok ker dia kat sekolah. Macam mana bila dia nak masuk tandas, salin baju bila waktu PE, macam mana cikgu layan dia, macam mana dia dengan kawan2. Pandai ker dia nanti. Aduh!!! Macam2 gak dalam kepala otak ni. Yelah..sekarang kat nursery cuma 2 jam setengah jer di sekolah. Sebelum pergi nursery saya dah pastikan dia makan dulu, buang air dulu. Ini nanti dari pukul 8.40 pagi sampaii pukul 3 petang dia di sekolah. Dahlah nak makan pun, kalau saya tak suapkan, ciput jer dia makan. Kalau buang air besar pun, saya lagi yang cebukkan. Dah ajar suruh cuci sendiri, tapi bila time nak buang air tu, masih panggil saya juga. Kalau kat sekolah sini, mana ada air kat tandas. Pakai kesat jer.
Nampak gaya banyak yang perlu saya pastikan sebelum Aqil mula sekolah bulan 9 nanti. Cuti sebulan lebih ni kena lah pastikan, dia tak lagi terlalu bergantung pada saya. Rasa macam kecik jer lagi Aqil pada pandangan mata saya, betul ker dah nak masuk sekolah. Kalau di Malaysia baru nak masuk tadika, sini pun kira tadika jugalah ni...kan. Teringat pulak dulu2 masa saya baru masuk darjah 1, siap pesan dgn mak jangan tinggal, asyik dok tgk mak kat luar, alih2 mak tinggalkan juga, tapi tak nangis, sbb dah ramai kawan. Bagaimana agaknya perasaan mak masa tu..hihi.
Semalam, sedang saya dok mengadap komputer ni, Aqil bersuara:

"Ibu, Aqil nak paper"

" Nah...(sambil memberi beberapa keping kertas A4 pada dia) . Aqil nak tulis apa?"

" Ibu tunggu!!!"
Cheh pandai pulak dia suruh tunggu.
Selang beberapa minit kemudian,

" Ibu look....Aqil draw picture."
Saya pun tengoklah gambar yang dia lukis tu...Nak tergelak pun ada, tak pernah nampak dia melukis sebenarnya, selama ni mewarna, tulis ABC, 123 tu biasalah dia buat. Kalau saya suruh lukis, tak jadi apa pun. Conteng2 jer. Tapi kali ni ada lah rupa. Saya tanya dia balik,

" Aqil lukis apa ni?"

" This is my face". Saya dah tersenyum.

" Abih yang ni?"

" This one abah, Ibu and Alia"

Hahah..dah besar anak aku, Kalau nak tgk gambar yang aqil lukis tu, nilah dia....


Hehe, jadi 4 segi muka saya dan abah dia, muka sendiri dan adik bulat pulak. Rasa seronok lak tengok dia lukis tu, gini rupanya imaginasi dia. Yang belah atas tu, dia kata bird...hihi.Nanti yer Aqil..ibu ajar betul2 macam mana nak lukis ........Ibu pun tak pandai sebenarnya, jadi orang lidi jugak nanti agaknya...haha. Seronok rasanya tengok anak2 sendiri membesar kan.....