Minggu lalu aku sekeluarga pulang ke rumah emak di Melaka. Biasa saja. Buat pertama kalinya kami tinggalkan budak2 bertiga tu di rumah emak (the 3 A) sementara aku dan Din keluar bersama. Sudah lama rasanya sejak ada anak ni, kami tak pernah berdating berdua. Kalau keluar kemana-mana pun, mesti ada anak-anak bersama. Sekali-sekala memang seronok, rasa macam zaman bercinta pula..ahaks.
Oklah, bukan nak cerita pasal tu sebenarnya, tapi aku nak kongsi bersama dengan semua gambar yang sempat aku rakamkan semasa perjalanan pulang ke Parit Raja hari Ahad tu. Gambar awan yang aku rasakan cukup menarik.

Agak jauh, mungkin anda semua tak berapa perasan apa yang saya maksudkan.
Saya zoom lebih dekat. Menarik kan, macam askar tengah pegang senapang...ada ker??
MasyaAllah...memang selalu juga kita jumpa bentuk awan yang seakan-akan menggambarkan sesuatu kan. Itulah antara kebesaranNya.