Thursday, December 6, 2007

Aksi comel Abid yg baru pandai jalan



Satu hari nanti kalau abid tengok video ni, gelak sendiri tak Abid?? Cute jer ibu tgk Abid jalan tu...sampai tergolek pun tak nangis, cuma ibu kena berhenti rakamkan aksi Abid sebab gabra bila tengok Abid dah tergolek tu...razzrazzrazzlollollol


Lagu ini khas untuk anak2 ibu, Aqil, Alia dan Abid....I'll stand by you song by Carrie Underwood

I’ll Stand By You

Oh, Why you look so sad?
Tears are in your eyes
Come on and come to me now
Don’t be ashamed to cry
Let me see you through
Cause I’ve seen the dark side too.
When the night falls on you
You don’t know what to do
Nothing you confess
could make me love you less

I’ll stand by you
I’ll stand by you
Won’t let nobody hurt you
I’ll stand by you

So,
If your mad, get mad
Don’t hold it all inside
Come on and talk to me now
But hey, what you’ve got to hide
I get angry too
But I’m a lot like you
When you’re standing at the crossroads
Don’t know which path to choose
Let me come along
Cause even if your wrong…

I’ll stand by you
I’ll stand by you
Won’t let nobody hurt you
I’ll stand by you
Take me in into your darkest hour
And I’ll never desert you
I’ll stand by you
And when,
When the night falls on you baby
Your feeling all alone
Walking on your own

I’ll stand by you
I’ll stand by you
Won’t let nobody hurt you
I’ll stand by you
Take me in into your darkest hour
And I’ll never desert you
I’ll stand by you
I’ll stand by you
Won’t let nobody hurt you
I’ll stand by you
Won’t let nobody hurt you
I’ll stand by you
I’ll stand by you
Won’t let nobody hurt you
I`ll stand by you


Tuesday, December 4, 2007

Selamat Hari Jadi Alia

2 Disember 2007 ulangtahun ke-3 kelahiran anak daraku yang manja Nur Alia Zafirah. Hari Sabtu tu, 1 Disember, ada kenduri di rumah Tok Mak. Dari pagi ibu memang sibuk membantu apa yang patut. Nantilah n3 pasal kenduri ni kena buat satu entri yang lain. Hari ni nak cerita pasal Alia jer kan..wink

Alia memang penghibur ibu dan abah. Dah banyak cakap sekarang, cuma pelat sikit. Kalau cakap apa-apa pun, belakang mesti ada kan..kan..biggrin. Alia takut cicak, semut, lalat, segala haiwan pun semua Alia takut. Kucing pun Alia takut. Sabar ajerlah..lol. Alia dah boleh tolong ibu serba sikit, tapi ada mood. Kalau mood baik, Alia dah boleh tolong tengok-tengokkan Abid, tolong ibu ambil barang dan angkat kain. Alia suka sangat mengadu, sikit2 mengadu. Lepas tu, sikit2 menangis, aduhh...lemas ibu kekadang tau..rolleyes.

Dalam usia 3 tahun, Alia masih pakai nappies. Hmmm...neutral bila nak pandai ni Alia. Ibu pun belum ajar Alia betul2 kan, macam mana nak pandai. Sebabnya Alia ni susah sikit ibu nak ajar, banyak songeh. Takpe, lepas ni kena pandai yer Alia...wink.

Malam itu, selepas kenduri rumah tok mak selesai, rupa-rupanya ada kejutan daripada mak anjang. Dia dah belikan kek harijadi untuk Alia. Ibu ucapkan terima kasih pada mak anjang. Alia pun bukan main suka lagi. Dikelilingi oleh sepupu-sepupu yang lain, kami sama-sama menyanyikan lagu hari jadi buat Alia. Semoga membesar menjadi anak yang baik dan berguna satu hari nanti yer Alia. Kami semua sayang kan Alia....wink

Alia sedang meniup lilin pada kek

Pandai ke potong kek tu Alia?mrgreen

Klip video yang sempat ibu rakam. Alia nampak gembira. Tapi di tengah2 tu ada wajah abang Aqil mengacau pulak...sabar ajerlah mad

Esok malamnya pulak, abah bawa kita semua makan di Jentayu. Alia bukannya seronok makan, tapi seronok bermain keretapi dan motor mainan di situ. Dan untuk semua, Alia hari ini dah berwajah baru. Taraaa.....

Pagi 2hb tu ibu dok memotong pendek rambut Alia. Ada cerita di sebaliknya, malu nak cerita redface ...huhu. Apa pun Alia tetap comeyy dan cute berambut pendek kan.

Dan akhir sekali, ibu tahu Alia paling suka dengan lagu Har Dil Jo Pyar Karega. Kalau abang Aqil bukak komputer, main games, Alia pulak mesti suruh ibu buka youtube untuk dengar lagu ni. Siap boleh menari macam Rani..huhu razz .Jadi, untuk Alia, blog ibu hari ni, lagu kegemaran Alia....biggrin

Happy Belated Birthday sekali lagi daripada,
Ibu, abah, Aqil dan Abid..

Wednesday, November 28, 2007

Cerita Aqil....

Salam semua....

Banyak sungguh cerita yang aku nak letak di sini, tapi masa dan mood aku tak mengizinkan aku buat begitu. Akhir2 ini, banyak perkara mengenai Aqil yang terjadi. Dah lama ibu nak letak dalam blog ibu ni, tapi tak berkesempatan. Sebab utama, ibu asyik berebut dengan Aqil jer nak menghadap pc ni..lol. Hari ni ibu cuba tunaikan hasrat ibu tu yer sayang...

11 November 2007

Hari Konvokesyen Tabika Kemas Aqil. Aqil nampak segak berjubah. Ibu dan abah tumpang seronok tengok Aqil. Dapat tempat pertama pulak tu. Ibu pun terkejut juga, yelah tak sampai dua bulan Aqil masuk situ. Apa pun tahniah dari ibu dan abah. Kena tingkatkan usaha, belajar rajin2 tau, semoga besar nanti akan terus berjaya dalam pelajaran.

Aqil sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas

Aqil mengambil hadiah dan sijil

Aqil bersama Alia

21 November 2007

Aqil masuk pertandingan menghafal sifir. Masih peringkat saringan bagi tabika kemas zon parit raja. Mereka pilih 5 yang terbaik dari 9 orang peserta untuk mewakili zon Parit Raja ke peringkat parlimen Sri Gading. Susah juga nak melatih Aqil menghafal sifir tu. Mereka minta hafal sifir 1 hingga 3 dan kalau boleh hafal yang lain di kira bonus. Susah juga nak melatih Aqil menghafal sifir2 tu. Alhamdulillah Aqil boleh juga hafal dari sifir 1 hungga 3 walaupun tak begitu lancar. Ibu kira oklah tu, tak perlu nak masuk sampai peringkat yang tinggi. Asal Aqil nak hafal dah kira bagus. Satu permulaan juga pada pandangan ibu. Aqil pun baru 5 tahun. Tahun depan ada peluang lagi. Tapi, Aqil berjaya juga dapat tempat ke 5, jadinya Aqil terpilih ke peringkat seterusnya. Tahniah dari ibu dan abah.

Aqil dapat tempat ke-5

Aqil bersama peserta dari tabika yang lain di zon Parit Raja ni. Aqil mewakili Tabika Sri Jelutong ( wajah Aqil tak kelihatan, nampak baju dia jer, tak reti duduk diam punya pasalrolleyes)


27 November 2007

Pertandingan menghafal sifir dalam bahasa inggeris tabika Kemas parlimen Sri Gading. Sebenarnya banyak lagi aktiviti lain pada hari tu. Ada pertandingan memasak, ceramah agama, ceramah keibubapaan, demonstrasi memasak, cabutan bertuah. Bila dengar peserta pertama membaca sifir, ibu terasa Aqil takde harapan. Memang lancar sungguh sampai ke sifir 5 pulak tu. Tapi bila peserta2 lain naik ke pentas, ibu mula rasa, ada harapan anak aku ni. Aqil peserta yang ke 13 daripada 15 orang peserta.

Bila saja nama Aqil di panggil naik ke pentas, ibu pulak yang terlebih gabra. Nampak Aqil macam relax, Aqil mula baca dengan lancar sifir 1, ibu ambil peluang masa tu untuk ambil gambar Aqil. Tapi rupanya konsentrasi Aqil terganggu bila ternampak ibu dan terkena flash lampu dari kamera ibu. Aqil macam panik. Sifir 2 mula berterabur. Sifir 3 pun sama. Lepas tu Aqil diam saja. Sudah, apa dah jadi dengan anak ibu ni...

Seorang cikgu dari sekolah lain suruh Aqil turun dari pentas. Kalau dah tak ingat takpe kata dia. Tapi Aqil terus juga berdiri di situ. Tidak berganjak. Bila nampak muka cikgu Linda, cikgu tabika Aqil, baru Aqil macam bersemangat semula. Aqil teruskan baca sifir 3. Alhamdulillah betul yang akhir2 tu, walaupun yang awalnya Aqil lupa. Semua ingat Aqil dah habis, tapi Aqil teruskan baca sifir 4 pulak. Ada yang tergelak, tapi mereka suka dengan semangat Aqil. Aqil dapat baca sifir 4 dengan betul. Lepas tu Aqil sebut thank you dan turun dari pentas. Syabas Aqil. Ibu pun turut bangga.

Bila dah habis tu, seorang daripada guru daripada tabika lain datang pada ibu. "Kenapa ambil gambar dia tadi," katanya. "kalau tidak ok tadi tu. Tapi bagus semangat dia kuat, habiskan juga". Ibu rasa bersalah pulak ambil gambar Aqil, tapi takpelah kan Aqil. Dapat juga hadiah saguhati.Tempat pertama dimenangi oleh peserta dari Tabika Pintas Puding. Memang bagus budak tu. Tapi dia dah 6 tahun.Walaupun Aqil cuma dapat hadiah saguhati, itu dah kira bagus. Tahun depan kita cuba lagi kan.


Aqil di atas pentas, sedang membaca sifir

Aqil menerima hadiah saguhati

Aqil bersama Alia

Aqil bersama hadiah yang di menangi dari 3 event yang berbeza. Congrats for Aqilrazz

Lepas ni terus hafal sifir yang lain tau. Sampai sifir 12. Aqil pun dah pandai baca sikit2 blog ibu ni kan. Belajar baca lagi dengan ibu yer. Jangan malas.....Kalau tak ibu naik evil nanti....mrgreen