Kali ni saya nak berkongsi dengan semua jam baru yang saya pakai..hadiah dari suami bulan lepas. Jam saya yang lama, dah lama kehabisan bateri. Kat UK ni kalau nak ganti bateri jam, baik beli jam baru. Terima kasih banyak2 bang belikan saya jam baru.......
.
Dah dekat sebulan saya pakai jam ni, tak nampaklah apa2 yang pelik pada jam ni. Cuba tengok gambar di bawah....ada apa2 yang pelik tak??
Dah dekat sebulan saya pakai jam ni, tak nampaklah apa2 yang pelik pada jam ni. Cuba tengok gambar di bawah....ada apa2 yang pelik tak??
Apa yang lain pada jam ni???
Tak ada apa kan...Tapi, bila saja bertukar ke 1hb September yang lepas, baru saya nampak perbezaan pada jam ni. Saya jadi pelik?? Bila saya tengok jam ni, pada tempat "date" tu menunjukkan angka 32. Aikk??? Takkan lepas 31 ogos 32 Ogos kot??? Saya cakap dengan suami. "Bang....apsal jam ni date dia 32hb? Bengong ker???" Lepas tu saya adjust lah date dia....tahu tak sampai ke angka berapa?? Ha!! Tengok gambar di bawah pulak...
Lepas angka 39 tu takdelah dia naik ke angka 40,patutnya 01 lah kan. Tapi tidak?? Sila lihat pulak gambar seterusnya...
Saya dan suami punyalah ketawa. Bengong ker apa jenama jam ni, letak date pada jam sampai ke angka 39 lepas tu 00 pulak.
Atau kami yang jakun tak pernah jumpa jam macam ni. Kawan2 blogger pernah ker jumpa jam yg tarikhnya sampai 39?? Ker kami jer yang tak pernah tahu? Adeii..kalau betullah memang macam tu, ketinggalan zamanlah kami ni yer?? Tapi sungguh, inilah baru pertama kali jumpa.
Tapi, takpelah. Simpan jam ni buat kenangan. Beli jam di UK, tarikh pada jam sampai ke angka 39. Ni bukan beli carboot tau. Beli kedai lagi. Dan ini juga bermakna, setiap kali bertukar ke bulan yang baru, saya kena betulkan ler tarikh pada jam ni ke angka 01. Haiii!!!! Berapa kali mau betulkan daah......